PETISYEN MENDESAK PEMAJU MELENGKAPKAN KEMUDAHAN KEMASYARAKATAN & MENGADAKAN MESYUARAT AGONG PENUBUHAN JMB DENGAN KADAR SEGERA
Petisyen ini diadakan bagi mendesak pihak Global Activate Sdn Bhd (GASB) selaku pemaju Projek Perumahan Edusentral ( Kod Projek 14724-2) untuk melengkapkan kemudahaan kemasyarakatan mengikut jadual kedua di dalam perjanjian jual beli serta mengadakan Mesyuarat Agong Penubuhan Badan Pengurusan Bersama atau Jawatankuasa Pengurusan dengan segera kerana
1. Kami ingin tahu status keabsahan perlantikan TAV Facility Management (TAVFM) sebagai ejen pengurusan adakah selaras dengan Bab 2 Perkara 9(4)(b) Akta Pengurusan Strata 2013 (AKTA 757)
2. Pihak GASB gagal menyediakan dengan lengkap kemudahan yang dijanjikan untuk penduduk Fasa 3 mengikut perjanjian jual beli (SPA) sedangkan pihak GASB telah memungut yuran penyelenggaraan dan penjelas setiap bulan sejak serahan kosong (VP) pertama pada 26hb Januari 2024.
3. Pihak GASB selaku pemaju tidak pernah bersedia untuk berurusan dengan penduduk bagi sebarang kelemahan atau kegagalan TAVFM menyelesaikan sebarang aduan/permasalahan penduduk.
4. Adakah GASB telah menyerahkan Projek Perumahan EduSentral dan semua kemudahan guna sama khasnya Fasa 3 kepada TAVFM kerana pihak TAVFM sentiasa memberi alasan tiada peruntukan dari pemaju. TAVFM pula sering mencadangkan penggunaa dana dari akaun penyelenggaraan bagi semua kos baik pulih harta bersama seperti kerosakan gimnasium, pintu, lif dan lain-lain.
5. Penghuni dan keluarga penghuni sentiasa berasa tidak selamat setiap masa kerana kredibiliti syarikat kawalan keselamatan amat diragui. Pengawal keselamatan yang bertugas tidak menjalankan tugas dengan sempurna, malah ada yang tidak boleh berbahasa Melayu atau Inggeris dengan baik. Bilangan kamera litar tertutup yang dipasang amat sedikit dan ditempat di lokasi yang tidak strategik, malah ada yang terlindung oleh titik buta atau objek lain.
6. Pihak Pemaju dan Ejen Pengurusan sentiasa berdolak dalih serta mengambil masa terlalu lama memperbaiki kerosakan, contohnya pintu masuk utama ke bangunan. Ini adalah persoalan keselamatan dan perlu diutamakan kerana orang asing atau orang yang berniat jahat boleh memasuki premis sehingga ke tingkat atas melalui tangga kecemasan tanpa kad laluan.