Petitions.com

PETISYEN MENDESAK PIHAK PEMAJU MENGADAKAN MESYUARAT AGONG PENUBUHAN JMB/MC DENGAN KADAR SEGERA & PEMAJU GAGAL MENYEDIAKAN DENGAN LENGKAP FASILITI YANG DIJANJIKAN

T TAN KOK LEONG STANLEY · MY

Petisyen ini dilakukan bagi mendesak pihak pemaju (HCK Development) untuk mengadakan Mesyuarat Agong Penubuhan JMB/MC dengan segera kerana.

1. Kami ingin tahu status keabsahan perlantikan TAVF sebagai ejen pengurusan.

2. HCK selaku pemaju tidak pernah bersedia untuk berurusan dgn penduduk bagi sebarang kelemahan / kegagalan TAVF menyelesaikan sebarang aduan/permasalahan penduduk.

3. Adakah HCK telah menyerahkan kawasan / kemudahan bersama kepada TAVF kerana pihak TAVF sentiasa memberi alasan tiada peruntukan dari pemaju dan mahu menggunakan dana dari akaun penyelenggaraan bagi semua kos baik pulih harta bersama seperti kerosakan gymnasium,pintu,mesin angkat dan lain-lain.

4. ⁠Pemaju (HCK) gagal menyediakan dengan lengkap fasiliti yang dijanjikan untuk penduduk fasa 3 mengikut perjanjian jual beli (SPA). Semua pemilik fasa 3 telah membayar yuran penyelenggaraan dan sinking fund (kumpulan wang pelepas) setiap bulan sejak VP (kekosongan kosong).

5. ⁠Penduduk & pemilik sentiasa rasa teran cam dengan keselamatan dan kesejahteraan diri dan keluarga kerana kredibiliti syarikat pengawal keselamatan dan pengawal keselematan tidak menjalankan tugas sempurna. Sistem keselamatan terutama kamera litar tertutup mempunyai banyak titik buta serta Tidak mencukupi untuk seluruh fasa 3.

6. ⁠Pemaju (HCK) & pejabat pengurusan (TAVF) berdolak dalih serta mengambil masa terlalu lama memperbaiki kerosakan pintu masuk utama ke bangunan yang mengundang persoalan keselamatan kerana orang asing atau berniat jahat boleh memasuki premis sehingga ke tingkat atas melalui tangga kecemasan tanpa kad akses.

Share this petition

Help this petition get more signatures.

Paste the link into a message and send it to friends who might sign.

Scan to sign

Show this code to a friend: they point their phone camera at it and can sign right away.




Paid advertising

Petitions.com will advertise this petition to 3,000 people.

Learn more...

Choose your budget
Payment method
Payment method