MASALAH ANJING LIAR DI BANDAR BARU BANGI

Tuan Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ)

Kami penduduk Bandar Baru Bangi ingin membawa kepada perhatian MPKJ, berkenaan kebimbangan peningkatan anjing liar berkeliaran di kawasan perumahan kami. Keadaan ini telah menjejaskan keselamatan, kebersihan dan kesejahteraan komuniti setempat.

ISU ANJING LIAR

1. Anjing liar berkeliaran terutamanya pada awal pagi sehingga senja di kawasan perumahan, laluan pejalan kaki, taman permainan, serta kawasan berhampiran surau.

2. Kawasan pembiakan anjing liar dikenalpasti di semak samun, lot rumah terbengkalai, &- tapak yang tidak berpenghuni.

RISIKO KOMUNITI SETEMPAT

1. Anjing-anjing liar yang agresif telah mengugat keselamatan & kesejahteraan golongan rentan & lemah termasuk, kanak-kanak di taman permainan, warga emas, pejalan kaki, penunggang motosikal/basikal dan jemaah surau.

2. Telah berlaku beberapa kes gigitan anjing liar kepada penduduk.

3. Anjing2 liar yang berpenyakit telah meningkatkan risiko penularan penyakit anjing gila (rabies) yang boleh mengancam nyawa.

ISU TINDAKAN TIDAK HOLISTIK

1. Walaupun aduan telah dibuat berulang kali, tiada tindakan menyeluruh yang telah diambil oleh pihak MPKJ, selain daripada usaha sekali sekala (ad hoc).

2. Teknik semasa yg digunakan, didapati tidak berkesan untuk tangani bilangan anjing yang tinggi & agresif, umpamanya, penggunaan sangkar perangkap yang mengambil masa yg lama, atau penggunaan alat penjerut (pole snare) dengan mobilisasi petugas yang terhad.

3. Kaedah operasi secara sekali sekala (ad hoc), juga tidak efektif. Anjing liar akan lari berpindah lokasi setiap kali operasi ad hoc dijalankan di kloni mereka. Oleh itu, isu hanya beralih dari satu lokasi ke lokasi lain, tanpa isu diselesaikan secara tuntas.

CADANGAN TINDAKAN TAMBAHAN

Beberapa kaedah tambahan yang lebih professional, dicadang untuk dipertimbangkan :-

1. Penggunaan leher GPS tracker, di mana anjing yang ditangkap akan dilepaskan semula untuk menjejak lokasi kloni mereka.

2. Penggunaan teknik pelalian (tranquilizer) berskala besar tanpa mengabaikan SOP kebajikan haiwan & keselamatan

TUNTUTAN PENDUDUK

Petisyen ini mewakili suara semua Penduduk yang terkesan oleh gejala ini, dengan ini mendesak, menuntut, dan meletak harapan tinggi untuk suatu susulan tegas MPKJ :-

1. Mengambil semua langkah pembasmian yang wajar pada kadar SEGERA, secara total & berkala, serta terancang & professional.

2. Membuat pemantauan & tindakan secara berkala di kawasan pembiakan anjing liar di lokasi-lokasi pembiakan yang telah dikenalpasti.

3. Berkongsi maklumbalas berterusan bersama masyarakat setempat akan langkah-langkah yang akan dan telah diambil bagi membasmi gejala ini.

4. Mempertingkatkan kolaborasi dengan masyarakat setempat melalui program kesedaran & pencegahan awam, seperti kawalan sisa makanan, bagi mengurangkan gejala anjing liar.

KOMITMEN PENDUDUK

Kami penduduk bersedia untuk memberi kerjasama penuh bagi membantu apa-apa usaha MPKJ termasuk menyediakan maklumat lokasi pembiakan, info tapak, serta membantu operasi pemantauan bagi menyelesaikan isu ini.

Yang benar,

Penduduk Bandar Baru Bangi


PERSATUAN PENDUDUK SEKITAR BANDAR BARU BANGI    Contact the author of the petition

Sign this Petition

By signing, I accept that PERSATUAN PENDUDUK SEKITAR BANDAR BARU BANGI will be able to see all the information I provide on this form.

We will not display your email address publicly online.

We will not display your email address publicly online.

I give consent to process the information I provide on this form for the following purposes:




Paid advertising

Petitions.com will advertise this petition to 3000 people.

Learn more...